Kriteria Calon Suami atau Isteri (^^)

Dalam menentukan pilihan calon, masing-masing pihak termasuk para wali bertindak sebagai wakil calon, harus berpegang teguh pada kriteria-kriteria yang telah ditentukan oleh syariat. Penyimpangan dari kriteria-kriteria ini akan membawa akibat yang merugikan bagi kehidupan suami isteri serta keturunannya.
Beberapa hadis Nabi s.a.w sebagai panduan dalam pemilihan kriteria calon antaranya adalah seperti berikut:
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Orang yang suka menikah kepada wanita itu kerana empat perkara iaitu kerana keturunannya, kecantikannya, kekayaannya dan agamanya. Maka menikah kepada yang beragama nescaya engkau beruntung". (H. R. Bukhari)
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
"Apabila datang kepada kamu seseorang yang meminang yang kamu setujui agama dan akhlaknya, hendaklah kamu nikahkan kepadanya, jika tidak kamu nikahkan, nescaya menjadi fitnah dan bahaya besar di muka bumi". (H. R. Tarmuzi)
Dengan berpandukan dalil-dalil di atas dapatlah disimpulkan bahawa kriteria dalam menentukan pilihan calon suami atau isteri adalah dengan turutan seperti berikut:
1) Kerana agama dan akhlaknya.
2) Kerana keturunannya.
3) Kerana kecantikannya.
4) Kerana kekayaannya.
Dari turutan kriteria tersebut, maka agama dan akhlak merupakan ukuran pertama dan utama dalam kita menentukan calon suami atau isteri

1 comments:

DEEN said...

salam..
yup toi 2 pe yg diutarakan 2...
bkn pe stiap org mst impikn sebuah kehdupn bhgia berkelurga..
jadi cari dan pilihlah yg terbaik tuk dijdkn calon suami atau isteri..
jgn pndng kecntikan je tp plihan mereka yg baik dlm soal agama. rupa paras 2 sbgai bonus la bg ana..

Post a Comment