Mahasiswa: Usah Lesu soal Kemasyarakatan

Mahasiswa pd masa kini tdk byk yg melibtkn diri dlm progrm2 kemasyaraktn sewktu berada di universiti kecuali hnye segelintir mahasiswa yg brfikirn kritikl. Bkn itu shj, mahasiswa seakn buta mata dn buta hati utk brsama dgn komuniti msyrkt hatta di kg halmn mereka sndr spt melibtkn diri dlm aktiviti qariah dn aktiviti msjid atau surau.

Samaada IPTA mahupun IPTS tdk mewajibkn mahasiswa utk mengikuti progrm2 kemasyarktn. Ini krn progrm spt ini adlh inisiatif mahasiswa itu sndr.

Pihak IPTA dn IPTS harus mewajibkn semua mahasiswa utk mengikuti progrm2 kemsyrktn. Ini mungkin boleh dilakukn apabila ada subjek yg berorientasikn kemsyrktn mnjd ters dlm universiti yg seumpama dgn Hubungn Etnik atau Keusahawann. Subjek2 ni prlulh dikaitkn dgn universiti, mahasiswa srta msyrkt utk menyedrkn betapa penting nilai2, isu2, budaya, adt dn sebagainya dlm kmsyrktn.
Jalinn antr mahasiswa dn msyrkt diliht mmpu mengubh pola pemikirn kehidupn ssbuah msyrkt seterusnya mewujudkn msyrkt yg brfikirn trbuka, intelek dn responsif, sec tdk lngsung mmbngunkn nilai2 ketamadunn yg cemrlng, gemilng dn trbilng.

"Strategi masjid boleh buat duit"

Masjid lazimnya digunakan sebagai tempat solat berjemaah dan lokasi pengnjurn cermh dn syarahn agama srta kegiatn brkaitn keagamaan. Kini, masjid sudh berubh wjh. Tmpt ibdt itu mula mmpelbagaikn kegiatn utk mnjana ekonomi ummah.


Dapat dihuraikan di sini bbrapa strategi atau cdngn msjid blh menjana ekonomi. Antaranya ialah:


1) Mengadakn Saham Wakaf (sumbangn kolektif).

Saham wakf adlh 1 cth bagaimana msjd dpt mnjna pndptnnya sndr. Oleh krn pd zmn ini ramai yg tdk mmpunyai aset utk mewakafkn tnh, sistem wakaf scr kolektf blh diadakn. Menerusi sistem ini ssorg blh menyumbng mengikut kemmpuannya tdk kira brapa nilai yg hndk disumbng dgn mmbuat pnjelsn sumbngn wakaf yg hndk dilakukn. Sekiranya ramai yg trlibt maka sumbngnnya akn mnjd lebh banyk.


2) Menubuhkan koperasi masjid sebgai dana wakaf baru.

Wang masjid yg trkumpul blh digabungkn dn satu entiti yg tdk trikt spt Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam (YAPEIM) blh brperann mnggerkkn dana msjid ini. Wang msjid yg tdk cukup utk digerkkn blh dikumpul atau digabungkn dgn wang masjid2 lain yg trdpt di Malaysia. Entiti spt YAPEIM dan juga Majlis Agama Islam blh menggerkkn koperasi ini utk tujuan samada mmbngunkn msjid yg baru ataupn melaburkn wang trsebut dn dgn keuntungn yg ada dikembalikn semula kpd msjid. Brmkna jika scr individu wng yg ada tdk dpt digerkkn ttpi dgn scr kolektif ia blh mnggerkkn ekonomi dgn cra yg efisen.


3) Membangunkan premis perniagaan di lokasi strategik

AJK masjid prlu mmpunyai wawasn utk memajukn masjd, mereka blh mengmbil peluang utk mnggunakn kwsn dn kedudukn msjd utk mmbngunkn premis prniagaan. Msjid yg dibina dikwsn strategk prlu diberikn ruang yg memadai utk msjd mnjlnkn kegiatn perniagaan trmasuk mmbngunkn hartanah.


4) Membuat perancangan masjid strategik di kawasan perbandaran baru.

Satu perbandaran baru blh diwujudkn dgn merncng kedudukn msjd berada di kwsn yg strategik. Justeru itu, Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri yg mnjd “master plan” kpd perbandaran baru harus mmpunyai sikap melaksanakan prbndaran Islam dgn merncng mnjdkn msjd sbg pust menjana ekonomi dan tumpuan msyrkt.


5) Memberi pendedahan kepada ahli jawatankuasa masjid.

Pihak jawatankuasa haruslah diberikn pndedhn supaya lebih aktif trmasuk diberi kursus, bimbingn dn motivasi trhdp perann mereka. Mereka juga prlu didedhkn dgn lwtn ke luar negara atau brkunjung ke masjid yg blh dijdkn model utk dicontohi supaya mereka blh liht sendiri kejayaan msjid yg dilawati.


6) Mencontohi skim potongan gaji yang amalkan kerajaan Singapura.

Singapura adlh sebuah negara yg amt mncbr dr aspek persekitrn Islam. Namun demikian, negara itu mmpunyai skim yg baik utk dicontohi dlm usahanya utk memstikan masjid dibangunkan dgn prasarana yg cukup dn aktif. Di sana, pemernthn menetpkn semua org Islam digalakkn menyumbng pndptn mereka melalui potongn gaji atau sumbngn brterusn setiap bln pd satu dana yg dikendalikn oleh kerajaan pusat.

Sedap makan daging mayat….!!!!!!!!!!!!!



Cerita org mkn org dn menkmati dagng org yg sudh meninggl dunia memng jrng brlaku di zamn moden skrng. ttpi hal ini brlaku di Indonesia.

Di Purbalingga, Jawa Tengah, Sumanto, 37 mencetuskn ketakutan di klngn pnduduk sehngga trpksa diasingkn drpd msyrkt krn memkn dagng manusia meskipun sudh brhnti drpd tabiat aneh itu.

Dia prnh digelr pemakn org pd thn 2005 lalu krn suka melph daging manusia sehngga snggup menggali myt seorg wanita tua semata2 utk mndptkn hidngn yg 'murh dn sedp'.
"Dagng itu memng sungguh sedp", kata Sumanto di sebuah pust pemulihn di luar bndr Jawa Tengah spt di laporn Berita Harian yg memetik sumber AFP, keluaran 21 Julai lalu. "Saya suka mkn semua dagng slagi ia dimsk. Ttpi sy tdk lg memkn dagng org. Skrng sy memkn bayam", katanya.

Pelik tp itulh hakikt yg dpt kita liht. Kenapa dn mengapa dia snggup memkn daging manusia..pe mslh yg dialaminyer...????? hnye Allah shj yg mengetahui...

CINTA SEJATI

Seorang hamba sahaya bernama Tsauban amat menyayangi dan merindui Nabi Muhammad saw. Sehari tidak berjumpa Nabi, dia rasakan seperti setahun. Kalau boleh dia hendak bersama Nabi setiap masa. Jika tidak bertemu Rasulullah, dia amat berasa sedih, murung dan seringkali menangis. Rasulullah juga demikian terhadap Tsauban. Baginda mengetahui betapa hebatnya kasih sayang Tsauban terhadap dirinya.

Suatu hari Tsauban berjumpa Rasulullah saw. Katanya "Ya Rasulullah, saya sebenarnya tidak sakit, tapi saya sangat sedih jika berpisah dan tidak bertemu denganmu walaupun sekejap. Jika dapat bertemu, barulah hatiku tenang dan bergembira sekali. Apabila memikirkan akhirat, hati saya bertambah cemas, takut-takut tidak dapat bersama denganmu. Kedudukanmu sudah tentu di syurga yang tinggi, manakala saya belum tentu kemungkinan di syurga paling bawah atau paling membimbangkan tidak dimasukkan ke dalam syurga langsung. Ketika itu saya tentu tidak bersua muka denganmu lagi."

Mendengar kata Tsauban, baginda amat terharu. Namun baginda tidak dapat berbuat apa-apa kerana itu urusan Allah. Setelah peristiwa itu, turunlah wahyu kepada Rasulullah saw, bermaksud "Barangsiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka itu nanti akan bersama mereka yang diberi nikmat oleh Allah iaitu para nabi, syuhada, orang-orang soleh dan mereka yang sebaik-baik teman." Mendengarkan jaminan Allah ini, Tsauban menjadi gembira semula. .

Tauladan dari kisah ini:
Cinta kepada Rasulullah adalah cinta sejati yang berlandaskan keimanan yang tulen.
Mencintai Rasul bermakna mencintai Allah. Kita bersama siapa yang kita sayangi. Jika di dunia sayangkan Nabi,insyallah kita bersama Nabi di akhirat nanti. Hati yang dalam kecintaan terhadap seseorang akan merasa rindu yang teramat sangat jika tidak bertemu .Pasangan sahabat yang berjumpa dan berpisah kerana Allah semata-mata akan mendapat naungan Arasy di hari akhirat kelak Rasulullah amat mengetahui mana-mana umatnya yang mencintai baginda, meskipun baginda sudah wafat. Rasulullah memberi syafaat kepada sesiapa di antara umatnya yang mengasihi baginda. Sebaik-baik sahabat ialah mereka yang berkawan di atas landasan keagamaan dan semata-mata kerana Allah.

bila lelaki benar??????????

"Bila lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas,perubahan sikapnya amat mengejutkan. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini,tiba-tiba secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dengan relanya.Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja untuk kekasihnya. Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. Untuk melihat lelaki menangis amatlah payah".
Diantara tanda-tanda lelaki yang jatuh cinta dengan hebat ialah:

1. Dia bersungguh2 melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa.
2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.
3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.
4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap2.
5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.
6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.
7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya.
8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari org lain.
10. Dia menjadi org yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.
11. Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.
12. Dia akan menggelabah apabila kekasihnya berjauhan daripanya terlalu lama.
13. Dia sentiasa memastikan keselamatan kekasihnya.
14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.
15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya.
16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya .
17. Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dengan sabar.
18. Dia membanggakan kekasihnya di depan org lain.
19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya .
20. Apabila timbul org ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.
21. Dia menganggap kekasihnya sebagai org yang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.
22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.
23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan .

Tidak semestinya tepat, namun banyak yang tepat mengenainya…cbe perhatikan kekasih anda dengan teliti...kite cbe buat kajian sendiri sejauhmana kebenarannya...=)

"Hukum Penggunaan Kalimah Allah Bagi Bukan Islam"

Keputusan Majlis Fatwa Dan Kabinet

1) Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang telh mnghrmkn 4 penggunaan kalimah iaitu Allah, Ka’bah, Baitullah dan Solat kpd org bkn Islam.


2) Muzakarah Jawatankuasa Fatwa (JKF) Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-82 pd 5-7 Mei 2008 mmutuskn bhw pnggunaan kalimh Allah adlh khusus buat ugama dan umat Islam shj.

3) Keputusn Kabinet pd Mei 1986 juga memutuskan bhw trdpt 4 kalimh yg tidk dibnrkn pnggunaannya oleh org bkn Islam iaitu Allah, Ka’bah, Baitullah dan Solat.

4) Malah penggunaan kalimah Allah, Ka’bah, Baitullah dan Solat telah pun diwartakan hanya eksklusif buat umat Islam shj di bawh Warta PU (A) 15/82 dan Pekeliling KKDN. S. 59/3/6/A bertarikh 5 Disember 1986. Manakala jemaah menteri yang bermesyuarat pd 3 Januari 2008 telah memutuskan untuk mengekalkan larangan tersebut sbgaimne yg prnh diputuskn pd 18 Oktober dan 1 November 2006.

Kesimpulannya dapat kita lihat bahawa ketidakharusan atau haram penggunaan lafaz Allah bg yg bkn Islam dlm konteks negara Malaysia.

"Mati menurut Islam"


Menurut agama Islam mati itu adalh keadaan di mana brpishnya roh halus(nyawa) dgn tubuh ksr. Iaitu roh meninggalkan tubuh dan keluar darinya, di mana ia dicabut oleh Malaikat Izrail a.s yg ditugskn mncabut nyawa. Bagaimanapun prpishn trsebut hanyalh semntara. Apabila manusia itu mati, manusia yg hidup akn memndikn, mengapnkn, menyembhyngkn dn menguburkn. Setelh jenazh trsebut ditanm, roh yg telh brpish td akn kembali memasuki tubuhnya. Ia dihidupkn kembali utk menghadapi prtanyaan Mungkar dan Nakir, menghadapi seksaan kubur atau merasai nikmat kubur sehinggalh ke hari Kiamat.

Firman Allah s.w.t yg brmaksud:
“Padahal kamu tadinya mati, lalu Allah menghidupkan kamu, kemudian kamu dimatikan dan dihidupkan-Nya kembali” (Surah al-Baqarah: 28)

Apa pun penyebb ssuatu kematian, pd hakiktnya hnya Allah yg menntukn saat kedtngn ajl @ maut bg setiap org. Ajl dn maut di tngn Tuhan, bererti kite sndr tdk akn tahu bilakh masanya kita akn dipnggil menemui-Nya…

"Oleh yg demikian marilh kita sama2 mmprsiapkn diri utk brhdpn dgn saat kematian. Mengingati kematian supaya kita ingt dn sedr akn siapa diri kita di muka bumi Allah ini yg hnye sementara…."

Di Kalangan Kita Siapa Yang Terburu-buru...?????


Akhbar Al-Qashim, 1 akhbar yg sudh lama terbit di Arab Saudi,
melaporkan bhw seorg pemuda di Damsyik sudh brsiap2 utk brtolk ke suatu tempt menaiki kapal terbng. Dia mmberitahu ibunya wk2 brleps pesawt. Ibunya diminta utk mmbngunknnya jika sudh dekt wktunya. Dlm pd itu si ibu mengikuti berita cuaca dr radio yg mnjelskn bhw angin brtiup kencng dn langit sedng mendung. Si ibu amt syg trhdp ank tungglnya itu. Sbb itu dia tdk mmbngunkn anknya dgn hrpn dia tdk jd prgi pd hr tu krn cuaca sgt buruk. Dia takut akn brlaku pristiwa yg tdk diingini. Apabila dia sudh yakin wktu prjlnn sudh trlmbt dn peswt sudh trleps, ibu trsebut mmbngunkn anknya. Trnyata si ank sudh meninggl dunia di tempt tidonya….

Firmn Allah yg brmksud:
“ katakanlah: sesungguhnya kematian yg kamu lari drpdnye maka ssungguhnya kematian itu akn menemui kamu, kemudian kamu akn dikembalikn kepada (Allah), yg mengetahui yg ghaib dn yg nyata, lalu Dia mmberitahu kamu apa yg tlh kamu krjakan”
(Surah al-Jumu’ah: 8)

Di sini menunjukkan kepada kita bhw jika kematian itu dtg dn tlh ditetpkn oleh Allah tarikhnya…tiada apa pn yg dpt menghlngnya…ia akn hadir tnpa awl dn tnpa lewt walau sesaat pn…tnpa mengira tua @ pn muda…renunglh dr kiter jgn lh kiter menganggp kiter masih muda…kiter akn hidup lama…slh tnggpn tu…
RENUNG-RENUNGKNLH….

OPEN YOUR MIND....!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

assalamualaikum.......
kpd smua rakyt Malaysia yg bragama Islam....cbe kiter bukk mnda dn brfikir brsama2.....npe antr kiter ssme Islam perlu brgaduh dn brmusuh hnye krn ats dsr satu parti yg brbeza...sedngkn antr smua parti politik itu mmpunyai kelebihan dan kekurngn masing2...
Yg amt menyedihkn lg ada antr umat Islam yg snggup memngkh parti yg bukn bragama Islam smta2 hnye krn mmbenci prti Islam yg lain....
cbe kiter fikir.....!!!!!!!!!
klo kiter sbg umt Islam tidak menyokong pemimpin Islam sape lg yg akn mmbngunkn agama Islam tu lg.....snggup kh kiter lihat satu hr nnti agama Islam yg mulia dikeji, dicaci dn dpndng hina???? dn tidk mustahil kiter org Islam juga akn diperlakukn spt binatng.....snggupkah???????
sudh tentu kite tak snggup utk menerima kemungkinn ini....
oleh itu pikr dn renung2 lh ketika kiter ingin mengundi dn memilih pemimpin dlm memimpn negara....biarlh calon yg dipilih bragama Islam walaupun kurng arif dlm agama Islam drpd kiter memilih calon yg bkn bragama Islam......
namun, jika ada yg lebih memahami Islam dengan terperinci dn mendlm maka dahulukn lh mereka yg lebih lyk agr kiter dpt hidup dgn aman dibwh bumbung kalimah "LAILAHAILLALLAH"..........

"Jaga kesihatan cara Rasulullah"

Antara kurnian nikmat Allah s.w.t yang tiada ternilainya ialah nikmat kesihatan. Dengan kesihatan, manusia dapat menjalani kehidupan dengan selesa serta dapat melakukan ibadah kepada Allah s.w.t dengan sempurna. Demikianlah tingginya nilai kesihatan yang mempengaruhi kehidupan manusia.

Namun demikian, ada manusia yang lalai dan leka terhadap kesihatan sedangkan nilai sihat itu sebenarnya sebahagian daripada nikmat kurniaan Allah s.w.t. Kebanyakan manusia hanya menyedari betapa mahalnya nilai kesihatan apabila ditimpa kesakitan atau penyakit. Dalam keadaan ini, barulah mereka menginsafi betapa kesihatan amat penting agar aktiviti kehidupan mereka tidak tergendala.

Definisi kesihatan yang dikemukakan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) adalah, satu tahap atau keadaan di mana seseorang individu itu mempunyai kesejahteraan yang sempurna dari segi fizikal, mental dan social dan bukan semata-mata bebas daripada penyakit.

Menurut perspektif Islam pula, kesihatan bukan hanya terhad kepada aspek lahiriah atau jasmaniah sahaja, malahan turut mencakupi kesihatan batin atau rohani. Hakikat ini menolak sama sekali kesilapan persepsi umat Islam yang hanya menekankan kepada kesihatan jasmani semata-mata dengan mengabaikan aspek kesihatan mental dan kerohanian.

Islam menyediakan garis panduan yang lengkap kepada umatnya tentang penjagaan kesihatan yang rapi. Antaranya ialah:

1- Membersihkan tangan terlebih dahulu sebelum menikmati hidangan makanan.
2- Dituntut untuk melakukan aktiviti bersenam atau bersukan.
3- Mengharamkan beberapa jenis minuman dan makanan yang boleh memudaratkan akal dan 4- tubuh badan seperti arak, dadah, bangkai dan seumpamanya.
5- Memakan makanan yang baik, halal, berzat dan berkualiti.
6- Tidak makan terlalu kenyang, makan ala kadar tidak mengikut hawa nafsu

Firman Allah dalam menjelaskan mengenai kesihatan antaranya ialah:

Dalam surah al-Baqarah, ayat 68:
maksudnya:
Wahai orang-orang Yang beriman! makanlah dari benda-benda Yang baik (yang halal) Yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadaNya.

Dalam surah al-araf, ayat 31 yang bermaksud:

Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu Yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat Ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; Sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang Yang melampaui batas.

Ingatlah, kesihatan adalah kurniaan Allah s.w.t yang tidak boleh dijual beli dengan wang ringgit. Kita perlu menjaganya sebaik mungkin. Tiada yang lebih bermakna dalam hidup ini melainkan memiliki kesihatan mental dan fizikal yang sempurna.

Tarian POCO-POCO

Assalamualaikum...kepada sahabat-sahabat muslim yang dikasihi sekalian..saya telah mendapat info dari seorang sahabat mengenai tarian poco-poco yang kita sering agung-agungkan di mana-mana terutama untuk beriadah...apa yang telah saya diberitahu tarian poco-poco sebenarnya berasal dari filiphina bukannye indonesia...tarian ini sebenarnye dilakukan oleh masyarakat beragama kristian ketika upacara sembahyang mereka....mungkin kite tidak perasan sebenarnye tarian ini pergerakannye menyerupai tanda salib (cube kite perhati betol-betol)....kerana sikap kite yg mudah terikut-ikut.....sepertimana amalan yoga yg telah difatwakan haram kerana menyerupai agama hindu cuma tarian poco-poco ini tidak difatwakan haram lagi...beginilah carenye musuh-musuh Islam ingin menghancurkan umat-umat Islam...same-same lh kite berfikir....wassalam

“MENGAPA TERIAK? HATI TIDAK BERJARAK”

Pada suatu pagi yang hening, sang guru bertanyakan kepada murid-muridnya: "Mengapa ketika seseorang sedang dalam keadaan marah, ia akan berbicara dengan suara kuat atau berteriak?" Seorang murid setelah berfikir cukup lama mengangkat tangan dan menjawab: "Kerana saat seperti itu ia telah hilang sabar, kerana itu ia lalu berteriak." Tapi…" Sang guru balik bertanya, " Lawan bicaranya itu tidak berada jauh dari situ, hanya disisinya sahaja. Mengapa harus berteriak? Adakah ia tidak dapat berbicara baik-baik?"
Hampir semua murid memberikan sejumlah alasan yang pada perkiraan mereka adalah logik. Namun tiada satu pun jawapan yang benar-benar dapat memuaskan hati.
Sang guru lalu berkata: "Ketika dua orang sedang berada dalam situasi kemarahan, jarak kedua-dua hati mereka menjadi amat jauh walau secara fizikalnya mereka begitu dekat. Kerana itu, untuk mencapai jarak yang demikian, mereka harus berteriak. Namun anehnya, semakin pula mereka menjadi marah dan dengan sendirinya jarak hati yang ada diantara kedua-duanya pun menjadi lebih jauh lagi. Kerana itu mereka terpaksa berteriak lebih keras lagi."
Sang guru menjelaskan dengan lebih lanjut: "Sebaliknya, apa yang akan terjadi ketika dua orang saling jatuh cinta? Mereka bukan hanya tidak berteriak, namun ketika mereka berbicara sekalipun, suara yang keluar dari mulut mereka begitu halus dan kecil. Sehalus apa pun, kedua-duanya masih berupaya untuk saling mendengarkannya dengan begitu jelas sekali. Mengapa pula demikian?" Sang guru bertanya sambil memperhatikan para muridnya.
Mereka nampak berfikir dengan serius sekali namun tidak seorang pun yang berani bangkit untuk memberikan jawapan. " Kerana hati mereka begitu dekat, hati mereka tidak berjarak. Pada akhirnya sepatah kata pun tidak perlu mereka ucapkan. Satu pandangan mata sahaja amatlah cukup untuk membuatkan mereka memahami apa yang ingin disampaikan. "
Sang guru masih meneruskan: "Ketika anda sedang dilanda kemarahan, janganlah hatimu menciptakan jarak. Lebih lagi hendaknya kamu tidak mengucapkan kata-kata yang mendatangkan jarak di antara kamu. Mungkin di saat seperti itu, tidak mengucapkan kata-kata merupakan cara yang bijaksana. Kerana waktu akan membantu anda." Kita semua mempunyai jumlah waktu yang sama meskipun kemampuan yang tidak sama. Tetapi orang yang menggunakan waktunya dengan lebih baik, acap kali mengalahkan mereka yang mempunyai kemampuan lebih banyak.

Tak guna Ada MATA kalau tak dapat MELIHAT,
Tak guna Ada HATI kalau tak tahu MENILAI.....

Kriteria Calon Suami atau Isteri (^^)

Dalam menentukan pilihan calon, masing-masing pihak termasuk para wali bertindak sebagai wakil calon, harus berpegang teguh pada kriteria-kriteria yang telah ditentukan oleh syariat. Penyimpangan dari kriteria-kriteria ini akan membawa akibat yang merugikan bagi kehidupan suami isteri serta keturunannya.
Beberapa hadis Nabi s.a.w sebagai panduan dalam pemilihan kriteria calon antaranya adalah seperti berikut:
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Orang yang suka menikah kepada wanita itu kerana empat perkara iaitu kerana keturunannya, kecantikannya, kekayaannya dan agamanya. Maka menikah kepada yang beragama nescaya engkau beruntung". (H. R. Bukhari)
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
"Apabila datang kepada kamu seseorang yang meminang yang kamu setujui agama dan akhlaknya, hendaklah kamu nikahkan kepadanya, jika tidak kamu nikahkan, nescaya menjadi fitnah dan bahaya besar di muka bumi". (H. R. Tarmuzi)
Dengan berpandukan dalil-dalil di atas dapatlah disimpulkan bahawa kriteria dalam menentukan pilihan calon suami atau isteri adalah dengan turutan seperti berikut:
1) Kerana agama dan akhlaknya.
2) Kerana keturunannya.
3) Kerana kecantikannya.
4) Kerana kekayaannya.
Dari turutan kriteria tersebut, maka agama dan akhlak merupakan ukuran pertama dan utama dalam kita menentukan calon suami atau isteri

AJARAN SESAT....????

Apa yang dikatakan dengan ajaran sesat itu adalah sebarang ajaran atau amalan yang dibawa oleh orang Islam atau bukan Islam yang mendakwa ajaran atau amalan yang dibawanya itu adalah ajaran Islam atau berdasarkan kepada ajaran Islam, sedangkan pada hakikatnya ajaran atau amalan yang dibawa itu bertentangan dengan ajaran Islam, tidak berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah serta bercanggah dengan aqidah dan syariat Islam.

Firman Allah s.w.t dalam surah al-Ahzab, ayat 36 yang bermaksud:
Dan sesiapa yang tidak taat kepada hukum Allah dan Rasul-Nya maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang jelas.

apa yang dapat kita lihat di zaman sekarang terlalu banyak kemunculan ajaran sesat seperti contoh kes ayah pin, kahar dan sebagainya....semuanya berasal dari orang Islam itu sendiri....di mana letaknya iman dan aqidah di dalam diri seseorang muslim jika mudah untuk memperkotak-katikkan Islam itu sendiri...



“((Tmn2Syurga)) ibu atau pasangan?”

Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. Ibu
Bila lapar, yang suapkan aku.. Ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. Ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Ma!
Bila bangun tidur, aku cari.. Ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..Ibu
Bila nak bermanja.. Aku dekati ibu
Bila nak bergesel? Aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku ? Ibu
Bila merajuk? yang memujukku cuma.. Ibu
Bila melakukan kesalahan? Ibu juga lah yang paling cepat marah..
Bila takut? Yang tenangkan aku.. Ibu
Bila nak peluk? Yang aku suka peluk.. Ibu
Aku selalu teringatkan .. Ibu
Bila sedih, aku mesti telefon ibu
Bila seronok? Orang pertama aku nak beritahu? Ibu
Bila bengang.. Aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. ? Ibuuuuuuuuuuuuu! !
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang paling sibuk juga ibu
Bila merajuk, yang datang pujuk aku juga.. Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin....Orang pertama aku tunjuk dan rujuk? Ibu

Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok? Aku cari pasanganku
Bila sedih? Aku cari Ibu
Bila berjaya? Aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal? Aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat ibuku
Bila nak bercuti? Aku bawa pasanganku
Bila sibuk? Aku hantar anak ke rumah ibu
Bila sambut hari istimewa..Aku hadiahi bunga pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...Aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu
Selalu........ ..Aku ingat pasanganku
Selalu.....Ibu ingat kat aku
Bila....Bila. ....Aku akan talipon pasanganku
Entah bila....Aku nak talipon ibu
Selalu....Aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila.....Aku nak belikan hadiah untuk Ibuku
Renungkan :-'Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja. Bolehkah kau kirim wang untuk ibu? Ibu bukan nak banyak. Lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah' Berderai air mata aku. Hari ini kalau ibu mahu lima ratus sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu sudah tiada. Aku tidak berkesempatan lagi. Bukan lima puluh ringgit. Lima puluh sen pun tidak sempat aku kirimkan! Hanya yang termampu Al-fatihah, al-fatihah, al-fatihah.

“GANJARAN SEORANG ISTERI”

Hargailah isteri anda......

Mulianya seorang isteri disisi Allah... Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada keluarga, suami dan anak-anak Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak. Biarlah buruk mana isteri anda, sayangilah mereka.....

Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja dengan Tuhan... jadi 'kilang ' manusia.. Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh... 7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya. Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah. Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. . sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya.

Satu lagi berita gembira untuk wanita, Sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya, Lahir saja bayi seluruh dosanya habis. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak?

Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga. Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur. Untuk peringatan semua wanita yang bersuami seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari. Contohnya bila dia redho suaminya pergi berjemaah di masjid atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Alah keatasnya jua..

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga. Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain.. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya.

Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki. Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir kepada kamu(lelaki) ,lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.

Woman was made from the rib of man, She was not created from his head to top him, Nor form his feet to be stepped upon, S he was made from his side to be close to him, From beneath his arm to be protected by him, Near his heart to be loved by him.

" Wahai Tuhan...
ku tak layak ke syurgamu ...
namun tak pula aku sanggup ke nerakamu...
kamilah hamba yang mengharap belas darimu ....

"Ya Allah...
jadikanlah kami hamba2 mu yang bertaqwa ..
ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami,
dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah
meninggal dunia"......

Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha IllalLah. Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini di sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah 'Laa ilaaha illalLah' ini... Rasulullah saw. bersabda mafhumnya):"Wahai manusia! Ucaplah 'Laa ilaaha illalLah', kamu pasti berjaya!"
Marilah kita ucapkan kalimah ini:
"Laa ilaaha illallah!" x 10