"Jaga kesihatan cara Rasulullah"

Antara kurnian nikmat Allah s.w.t yang tiada ternilainya ialah nikmat kesihatan. Dengan kesihatan, manusia dapat menjalani kehidupan dengan selesa serta dapat melakukan ibadah kepada Allah s.w.t dengan sempurna. Demikianlah tingginya nilai kesihatan yang mempengaruhi kehidupan manusia.

Namun demikian, ada manusia yang lalai dan leka terhadap kesihatan sedangkan nilai sihat itu sebenarnya sebahagian daripada nikmat kurniaan Allah s.w.t. Kebanyakan manusia hanya menyedari betapa mahalnya nilai kesihatan apabila ditimpa kesakitan atau penyakit. Dalam keadaan ini, barulah mereka menginsafi betapa kesihatan amat penting agar aktiviti kehidupan mereka tidak tergendala.

Definisi kesihatan yang dikemukakan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) adalah, satu tahap atau keadaan di mana seseorang individu itu mempunyai kesejahteraan yang sempurna dari segi fizikal, mental dan social dan bukan semata-mata bebas daripada penyakit.

Menurut perspektif Islam pula, kesihatan bukan hanya terhad kepada aspek lahiriah atau jasmaniah sahaja, malahan turut mencakupi kesihatan batin atau rohani. Hakikat ini menolak sama sekali kesilapan persepsi umat Islam yang hanya menekankan kepada kesihatan jasmani semata-mata dengan mengabaikan aspek kesihatan mental dan kerohanian.

Islam menyediakan garis panduan yang lengkap kepada umatnya tentang penjagaan kesihatan yang rapi. Antaranya ialah:

1- Membersihkan tangan terlebih dahulu sebelum menikmati hidangan makanan.
2- Dituntut untuk melakukan aktiviti bersenam atau bersukan.
3- Mengharamkan beberapa jenis minuman dan makanan yang boleh memudaratkan akal dan 4- tubuh badan seperti arak, dadah, bangkai dan seumpamanya.
5- Memakan makanan yang baik, halal, berzat dan berkualiti.
6- Tidak makan terlalu kenyang, makan ala kadar tidak mengikut hawa nafsu

Firman Allah dalam menjelaskan mengenai kesihatan antaranya ialah:

Dalam surah al-Baqarah, ayat 68:
maksudnya:
Wahai orang-orang Yang beriman! makanlah dari benda-benda Yang baik (yang halal) Yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadaNya.

Dalam surah al-araf, ayat 31 yang bermaksud:

Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu Yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat Ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; Sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang Yang melampaui batas.

Ingatlah, kesihatan adalah kurniaan Allah s.w.t yang tidak boleh dijual beli dengan wang ringgit. Kita perlu menjaganya sebaik mungkin. Tiada yang lebih bermakna dalam hidup ini melainkan memiliki kesihatan mental dan fizikal yang sempurna.

Tarian POCO-POCO

Assalamualaikum...kepada sahabat-sahabat muslim yang dikasihi sekalian..saya telah mendapat info dari seorang sahabat mengenai tarian poco-poco yang kita sering agung-agungkan di mana-mana terutama untuk beriadah...apa yang telah saya diberitahu tarian poco-poco sebenarnya berasal dari filiphina bukannye indonesia...tarian ini sebenarnye dilakukan oleh masyarakat beragama kristian ketika upacara sembahyang mereka....mungkin kite tidak perasan sebenarnye tarian ini pergerakannye menyerupai tanda salib (cube kite perhati betol-betol)....kerana sikap kite yg mudah terikut-ikut.....sepertimana amalan yoga yg telah difatwakan haram kerana menyerupai agama hindu cuma tarian poco-poco ini tidak difatwakan haram lagi...beginilah carenye musuh-musuh Islam ingin menghancurkan umat-umat Islam...same-same lh kite berfikir....wassalam